Bersyukur

Syukur secara mudahnya boleh dimaksudkan sebagai kefahaman, kesedaran dan keinsafan bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba itu, baik yang lahir mahu pun yang batin, Semuanya daripada Allah swt sebagai pemberian daripada-Nya. Dengan ertikata lain, bersyukur bererti mengingat Allah yang Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun yang telah menganugerahkan segala keselesaan dan kemudahan.

Allah swt telah memberikan peringatan terhadap mereka yang tidak tahu bersyukur atau tidak mahu bersyukur, dengan amaran azab di hari akhirat. Sebaliknya, hamba yang bersyukur dan menghargai nikmat Allah swt, akan digandakan ganjaran nikmat dan pahala. Firman Allah swt di dalam surah Ibrahim ayat 7 dengan maksud:

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Credit to anonymous

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s