Sutera HARAM bagi lelaki

Hukum asal bagi pakaian.

Secara umumnya, hukum asal bagi memakai sesuatu pakaian adalah harus, sehinggalah datangnya dalil yang melarang pemakaian sesuatu jenis pakaian itu.

Antara larangan dalam pemakaian ialah sutera bagi lelaki.

100% sutera.

Jika kain yang digunakan untuk membuat pakaian adalah 100% daripada sutera, maka ianya haram dipakai oleh kaum lelaki yang telah baligh.

Keharaman ini disepakati oleh para ulama. [lihat al-Mughni ; 1/421].

Antara sandaran dalilnya ialah  sabda nabi saw yang bermaksud :

“Diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dan dihalalkan bagi perempuan”.

[diriwayatkan oleh al-Tirmizi no. 1720 ].

Berdasarkan hadis ini, dilarang bagi kaum lelaki untuk memakai sutera, dan sutera yang dimaksudkan ialah yang dibuat dari ulat sutera. Adapun kain yang dinamakan sutera, tetapi hakikatnya ia bukan dibuat dari ulat sutera, maka harus bagi lelaki memakainya. Kerana ia kembali kepada hukum asal dalam pemakaian iaitu harus. Berilah apa juga nama bagi sesuatu yang haram, ia kekal haram, begitu juga perkara yang halal, berilah ia nama apa sekalipun, ia kekal halal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s