Disember datang lagi

Disember datang lagi…seperti biasa hujung tahun begini tambah pulak dengan cuti sekolah, ramai yang ambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin. Yang tak buat tu, dok susun kad jemputan lah untuk dihadiri di setiap hujung minggu. Seronok wooo, dapat makan free + bertandang ke rumah teman + bersua rakan taulan yang mungkin lama tidak berjumpa + semangat gotong royong sesama jiran tetangga + mengeratkan silaturrahim + yang jauh di dekatkan + yang dekat di mesrakan. Begitulah adat hendaknya. Macam tu jugak lah aku, tahun ni beratur jugak laa majlis kahwin yang nak kena hadir. Walimatul urus bukan ke wajib, kalau sihat tubuh badan. Alhamdulillah. Tengahari semalam aku baru je ikut mak gi majlis kahwin jiran belakang rumah. Anak perempuan dia kahwin. Meriah jugak la, sebab time aku & mak sampai, pengantin lelaki turut sama sampai, kompang bertalu-talu. ‘bila pulak la turn aku, eh?’ selesai makan duduk kejap teman mak berborak ngan kawan2 dia, then dah tak tahan sangat, angkat kaki nak blah, sebab aku bukannya rapat sangat dengan dieorang tu, maklumlah, aku adik beradik tak penah kuar rumah, balik from sekolah or kampus dok terperap je dalam umah. Hehehe. Tapi mak aku stay kat situ, ada jawatan kosong pulak. ‘nak sama gotong royong la tu’. Aku ni anak dara, mana boleh lepak lelama, segan pulak. Baik blah. Hehehe.

Hujung minggu ni (11 & 12 hrbln 2009), kawan aku sesama kat USM dulu, si MARIA nak kahwin pulak. Kat nun di Johor sana. Jauh mak aiiii. Dah janji nak turun, so aku mintak cuti awal2. Turun KL dulu, then paginya baru gerak ke Johor dengan myBFF, si KECIK. Tak sabar jugak rasanya, sebab dah lama tak jumpa dieorang, rindu nak lepak & merapu cam dolu-dolu. Hehehe. Harap2 dapat jumpa kawan2 yang lain kat sana, maklum sajalah, semua dah keja, jauh2 pulak tu, majlis-majlis besar cam ni la baru leh jumpa balik. Bukan senang wooo. ‘belum decide lagi nak beli present ape for MARIA’s wedding.’

 gambar: sekadar hiasan

Next weekend pulak, my cousin’s wedding, Cikgu Nana (18 & 19 hrbln 2009). Aku mmg dok agak minah tu kawin tahun ni..dalam dok on/off BF sekali kawin jugak. Jeng…jeng…jeng. Siaran ulangan, ‘bila pulak la turn aku, eh?’ nak tunggu je cam ta de usaha, nak mencari, jadi macam pelik pulak, habis? Erm…tak sabar nak gi wedding Cikgu Nana, nak amik berkat, manalah tau, next year turn aku sampai. Tak kisah la, janji dapat yang baik, boleh bimbing aku dan paling penting yang sayang aku, boleh terima aku & family aku seadanya, insyaAllah, aminnnnnn.

p/s: If ada jodoh, kawin la aku, if tak de, aku redha. Mungkin itu yang terbaik. Allah saja yang tahu segala rahsia di segenap alam ini dan hanya doa yang menjadi titian, untuk ku pohon, supaya Dia rungkaikan segala rahsia, bila, siapa, dan di mana…………………………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s