Kisah Cikgu-cikgi

13.02.2009, Jumaat – Aku on leave sebenarnya. Ambil cuti sebab ada urusan peribadi. Lagipun AL (Annual Leave) aku ada baki lagi lima hari (dah kena warning kalo tak habiskan nanti cuti tu burn, cess). Kebetulan pulak ada kerja nak kena settle, so cuti je lah. Tambah pulak, tasks kat office minggu ni dah banyak selesai. Keluar rumah jam 9.00 pagi, terus gi destinasi yang ingin dituju. Tapi jam 10.30 dah balik rumah sebab tak boleh nak selesaikan jugak hal aku tu. Lagipun aku dah janji dengan sepupu aku, nak ikut dia pergi sekolah tempat dia mengajar (sekolah menengah). Saja nak isi masa dan penuhi hari cuti aku. Aku duduk dalam bilik yang menjadi pejabat sepupu aku ni bersama beberapa orang guru. Dieorang ni AJK Kesihatan, so kena duduk and monitor bilik kesihatan kat sekolah tu. Aku duduk kat situ bersama laptop untuk buat kerja sambil mengamati suasana di sekolah.

 

Rupa-rupanya susah jadi cikgu ni. Nampak je senang. Memanglah kerja hanya setengah hari tapi tugas dieorang ni bukan saja kena mengajar tapi banyak tanggungjawab lain jugak. Tak payah la aku senaraikan apa aktiviti dieorang kat sekolah sebab memang terlalu banyak. Boleh penuh satu page blog aku ni dengan tasks list dieorang tu, mual pulak aku nengoknye nanti. So, pada sesiapa yang sebelum ni cakap kerja cikgu tu mudah, anda salah. Itu semua hanya dari pandangan mata kasar sahaja. Tak adilkan? Kita judge tanggungjawab guru hanya sebab dieorang kerja tak sampai 8 jam sehari macam kita yang kena kerja ikut waktu pejabat yang entah apa-apa tu. Padahal tugas dieorang mendidik anak-anak bangsa Malaysia itu sudah cukup berat dan mulia. Di tambah pulak dengan tugasan yang lain. Mulanya aku pun macam korang jugak, pernah terpengaruh dengan orang tua-tua. Macam mana? Baca dialog kat bawah ni.

 

”Bagus jadi cikgu (betul). Mulia (betul). Dapat pahala didik anak-anak orang (betul). Kerja setengah hari pulak tu (betul, tapi alasan yang tak berapa nak bagus).”

 

Betul, jadi cikgu ni bagus tapi jangan selitkan alasan kerja setengah hari tu. Tak berapa nak adil. Sebab bukan setiap hari cikgu-cikgu masuk dan keluar kerja setengah hari. Adakalanya, dieorang kena pergi awal (untuk sebelah petang) dan balik lewat (untuk sebelah pagi). Ada mesyuarat, ada kelas tambahan, ada aktiviti dengan pelajar-pelajar dan etc (kena senarai jugak tasks dieorang ni rupenye). Mana boleh buat meeting waktu kerja. Waktu kerja, dieorang kena mengajar. So aktiviti yang lain selain mengajar tu kena buat di luar waktu kerja dieorang. Kalau dikirakan dengan jam, lebih kurang samalah dengan pekerja yang bukan cikgu.

 

Betul ke tidak, cikgu-cikgu?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s