Afizan aka Aku

Aku…Kenapa aku? Dulu I, sekarang aku pulak? Bukannya apa, kononnya nak bagi sedap. Kononnya kata ganti diri ’aku’ tu kasar. Tapi bila difikirkan balik, ’aku’ itu tidak lah sekasar mana. Malah lebih informal dan mudah mesra. So, izinkan aku bahasakan diri aku kat sini. Menggambarkan diri aku yang sebenar easy-going. Aku bukannya seorang yang formal atau susah didekati. Aku ni orangnnya senang di buat kawan, mudah didekati dan tidak memilih kawan atau dengan kata lain tak pilih bulu.

 

Sebelum aku terfikir nak guna kata ganti diri ’aku’ ni, aku ada terbaca satu blog (owned by an actor). Mula-mula baca tu macam a bit harsh laa kan, sebab dia bahasakan diri dia aku. Tapi bila aku selalu jengok blog dia, selalu ikut penulisan dia, aku jadi seronok. Dah rasa dekat dengan dia walaupun hanya dengan membaca dan mengikuti ceritanya. Aku sendiri hairan. Puas aku fikir, akhirnya aku dapati, ’aku’ itu lah yang buatkan aku rasa dekat dengan dia. Walaupun dia selebriti terkenal tapi dia punya cara tersendiri untuk mendekati orang lain biasa, macam aku. Buatkan orang lain rasa senang untuk mengenali diri dia. Jadi, aku nak orang lain pun rasa apa yang aku bila membaca blog aku ni. Rasa dekat dengan aku.

 

Aku ni bukanlah jenis yang suka keluar bersosial. Aku lebih suka memerapkan diri di rumah dan buat kerja sendiri. Kalau nak berpeleseran (shopping) pun hanya dengan teman-teman terdekat, itu pun boleh bilang dengan jari (maksudnya, bukan selalu la). Disebabkan aku yang punya perangai pelik macam ni, kawan-kawan aku selalu bengang dengan aku. Mana tidaknya, bila ajak keluar ja macam-macam alasan aku beri. Aku bukan tak nak hangout dengan dieorang, tapi bagi aku yang home type ni, aku lebih suka lepak di rumah time cuti (especially weekends). Ye lah, lepas lima hari seminggu penat kerja, dari saat terbitnya matahari sampailah shif bulan pulak yang timbul. Tapi kalau sebulan sekali tu, boleh la keluar lepak-lepak. Maaf laa ye, terimalah seadanya kawan korang ni. Aku lebih prefer duduk di rumah tengok TV atau mengadap laptop aku ni. Sambil edit-edit gambar. Aku ni giler graphics. Apatah lagi kalo mengadap AdPhotoshop, sampai berjam-jam pun tak pe. Ada satu citer aku nak bagitau pasal graphics editing.

 

Graphics? Aku sebenarnya teringin nak jadi graphic designer (atau web designer). Tapi entah macam mana, aku tak dapat lagi pegang kedua-dua title tu secara rasmi. Aku jadi ahli IT (Information Technology) develop and maintain sistem (buat ABAP). Macam best, kan? Tak best mana pun sebenarnya (terus terang gila). Tapi aku tak pernah lupa hasrat aku tu, aku jadi juga graphic designer. Yang tidak rasmi je la. Belajar buat freelance job untuk kepuasan diri. Untung jugak, zaman sekarang ni, ada banyak platform (contohnya blog) untuk orang yang low profile macam aku menonjolkan bakat dan kreativiti. So, kalau ada hasil artwork aku ada posted kat sini janganlah kutuk kalau buruk. Tapi hulurkanlah comment yang membina. Especially pada ahli-ahli seni yang dah tahap expert tu.

 

Jom kita memblog


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s