Bila Aku Nak Kahwin???

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

 

Bila nak kawin???

Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. Emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. A
yah takut bergelar andalusia

 

Bila nak kawin???

Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (hehehe…cadangan pelik)

 

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takdak.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah, sedap sungguh mulut berkata-kata

 

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties!

 

Bila nak kawin???
Aaarrgghhh. Sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak hairan
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan

 

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (takkan letihnya sampai bebila)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana

 

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya

Syukurlah dengan apa yang kita ada

One thought on “Bila Aku Nak Kahwin???

  1. hmmm kalau kita percaya pada Allah.. percayalah jodoh dan ketentuan itu pada NYA… sbb pas kawen kang duk sebuk lak tanya ni bila nak ada baby.. pas ada baby.. lagi soklan datang. bila nak tambah lagi ni?? ARGHHHHH!!!!!!!!!!!! manusia…………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s