Khabarkan

Lagu: Khabarkan

Nyanyian: Luscious

 

“Ku… khabarkan pada sang air, cintaku basah di tengah hujan, lemas di tengah lautan. Dan ku… khabarkan pada sang angin, hentikan pukulan ombak agar cintaku mampu berenang. Bawa cintaku ke sisir pantai, biar cintaku ke daratan berlari, agar dapat mengejar cintanya, katakan padanya. Bawa cintaku ke sisir pantai, biar cintaku ke daratan berlari, agar dapat mengejar cintanya, cinta ku mahukan dia.

 

Khabar, khabar, khabarkan. Khabar, khabar, khabarkan.

 

Khabarkan pada sang bulan, cintaku hilang panduan, hilang arah hampir rebah, tak tahu ke mana nak berjalan. Khabarkan pada sang mentari, terangkan jalannya empunya hati, agar cintaku sampai kepadanya. Bawa cintaku ke sisir pantai, biar cintaku ke daratan berlari, agar dapat mengejar cintanya. Bawa cintaku ke sisir pantai, biar cintaku ke daratan berlari, agar dapat mengejar cintanya, cinta ku mahukan dia. Bawa cintaku ke sisir pantai, biar cintaku ke daratan berlari, agar dapat mengejar cintanya, katakan padanya.

 

Angin, khabarkan cinta ini padanya. Angin tolonglah, cinta ku mahukan dia.”

 

Hrm… pernah dengar lagu kat atas ni? Nyanyian kumpulan Luscious, one of the contestant dalam Gang Starz musim pertama. Lagu ni juga merupakan one of the OST dari series Sin,Dar,Ela lakonan Sharifah Amani, Bront Palarae dan Remy Ishak. First time dengar full song, I dah jatuh hati. Bukan sebab lirik yang terkena dengan diri, tapi irama dan lagu tu yang membuatkan telinga ni tak jemu-jemu dengar lagu ni berulang-ulang kali. Entah kenapa, bila dengar je lagu ni, jiwa rasa tenang sangat. Bibir pulak asyik nak tersenyum je.

 

Citarasa vs Identiti

 

Ada pulak yang cakap, lagu ni tak sedap langsung, ye mungkin pada orang lain. Setiap orang kan punya citarasa masing-masing. Tak salahkan, kita minat/gemar buat benda yang orang lain tak suka. Tapi janganlah yang terlalu luar biasa, sampai tak masuk dek akal. Cos’pemikiran orang kita masih tidak terlalu terbuka. Masih lagi ada batas-batas ketimuran. Itu yang bagusnya. Betapa jauh tahap kemodenan yang negara kita nak pergi, kita tidak perlu tukar adat resam dan jiwa timur kita. Pemodenan negara memang perlu untuk jadikan kita setaraf dengan negara luar di mata dunia, sama-sama perolehi teknologi moden untuk kemudahan masa depan. Nanti kalau ketinggalan susah jugak. Betul? Seiring dengan arus pemodenan, kita juga perlu meningkatkan kemahiran diri dengan mengikuti segala perkembangan teknologi. Tapi, tidak perlu la mengubah identiti diri. Sejauh mana pun jua kita jelajah, setinggi mana pun kita daki, sedalam mana pun kita selam, kita tetap anak bangsa Melayu, anak bangsa Malaysia, anak bangsa yang penuh dengan adab sopan dan tatasusila serta nilai-nilai murni.

 

Teknologi vs Masalah Sosial

 

Kalau kita perhatikan, anak-anak zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman dahulu. Dahulu, pelajar sekolah tak pakai handphone, tak ada MP3 player, tidak tahu guna komputer (waktu itu, segala device yang disebutkan tadi, tersangatlah mahal harganya). Tapi sekarang, anak-anak pergi sekolah dah punya handphone dalam kocek pakaian seragam masing-masing. Alasan, mudah untuk dihubungi/menghubungi ibu ayah ketika kecemasan (agaknya, anak-anak zaman dahulu tak pernah ada masa kecemasan). Tapi memang betul pun, dahulu jarang dengar berita anak-anak kena culik atau kena r****. Sekarang, dimuka depan suratkhabar pun banyak kes jenayah, bunuh, kanak-kanak hilang, etc. Kena jugak la dengan masalah sosial saat munculnya alat-alat komunikasi yang canggih. Sekurang-kurangnya, ada cara/alternatif lain untuk mengelak dari berlakunya jenayah. Itu dari sudut positifnya, kontranya, makin moden makin banyak pula masalah psikologi, masalah identiti diri. Terlalu nak urban sangat sampai nak ikut semua orang luar buat. Kononnya, nak ikut peredaran zaman. Betul ke tidak?

 

Apa salahnya teknologi? Memang tak salah, malah memberi seribu satu kemudahan/kelebihan/manfaat dalam hidup kita. Tak perlu lagi beratur menunggu giliran hendak membuat panggilan di pondok telefon awam (tu pun untuk yang tiada telefon berwayar di rumah), penggunaan typewriter pun dah diganti dengan sistem pengkomputeran yang lebih baik (dah ada pulak Pendrive/Thumbdrive yang comel, dulu desktop, kemudian muncul portable computer yakni laptop/notebook yang boleh diusung ke sana dan ke sini), nak dengar radio/lagu hanya perlu dapatkan MP3 player yang hanya sebesar dua jari, dan ada banyak lagi, yakin semua orang tahu.

 

Apa sebenar yang berlaku, teknologi banyak disalah gunakan. Banyak digunakan untuk kepentingan diri, dengan tujuan tidak positif. Sebab? Pemikiran orang zaman sekarang sudah melebihi apa yang kita jangkakan. Kenapa? Terlalu taksub dengan teknologi dan pemodenan. Terlalu banyak dapat pengaruh daripada orang di Barat. Bagaimana? Saluran yang tepat, siaran TV. Betul? Tengok rancangan di TV sudahlah, banyak yang tidak baik dari yang baiknya. Itu kalau dikaji pada siaran yang tidak berbayar. Kalau ada yang punya siaran yang berbayar, rancangannya agak luar biasa sikit, tapisan tidak lengkap. Pulak tu 24 jam tanpa henti (sekarang ni boleh dikatakan semua station TV dah memanfaatkan masa 24 jam sehari dengan baik). Apa yang diperhatikan sekarang ni, siaran TV yang berunsur agama sudah pun di khaskan untuk satu station sahaja, yang selebihnya siaran biasa. Tidak seimbang, peliknya. Bukan ke sepatutnya kita seimbangkan. Contoh, lepas filem tidak baik (kononnya hendak buat penonton ambil iktibar, kalau yang boleh berfikir, elok la… kalau yang belum mampu/tidak mahu berfikir, macam mana?), tayangkan la filem atau dokumentari yang berunsurkan keagamaan/positif. Baru la ada timbal balik. Makan makanan pedas, ada air sejuk baru ngam. Kalau kena dengan air panas, tak ke makin memudaratkan. Kalaulah ada pun rancangan keagamaan, hanya dikhaskan pada hari Jumaat, itu pun boleh dibilang dengan jari. Itu lah hakikat yang ada sekarang ni, faham benar mentality orang-orang berniaga. Betul, jika nak jadi usahawan berjaya, minda kena ke arah business oriented. Kalau tidak, dah tentu susah hendak maju.

 

Tapi tidak salahkan station TV sahaja, pengusaha syarikat penerbitan drama/filem/dokumentari mestilah sama-sama meningkatkan kredibiliti produk drama tempatan. Semuanya kena bertanggungjawab.

 

90:10

 

Kita lupa sekejap hal teknologi, urbanization, masalah sosial, masalah identity dan lain-lain isu perihal kebaikan/keburukan. Baru-baru ini industri hiburan hangat dengan isu 90:10. Baca suratkhabar tentang isu 90:10 ini, I tak ambil kisah sangat cos’telinga ni tidak cerewet. Lagu tempatan/luar semua boleh, asalkan sedap didengar. Tapi lepas baca blog Engku Emran (Che’Em), I mula berfikir tentang term yang I mentioned earlier, business oriented. Orang station radio menjalankan perniagaan, dah tentu hendak memuaskan hati pendengar mereka. Betul? Jadi janganlah menuding jari ke arah sebelah pihak sahaja. Kalau nak lebih tahu isu ini dari pelbagai perspektif baca blog Che’Em. Bukan sahaja consist of his point of view, tapi ada juga pandangan dari orang-orang kuat industri (hairan betul, macam mana Che’Em curi masa ‘mencemar duli’, turun padang untuk turut sama mengupas isu ini).

 

From me, myself, isu 90:10 ini tidak sepatutnya timbul, jika semua pihak tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Janganlah salahkan pihak lain sedangkan kita sendiri tidak cermin diri sendiri dahulu. Satu lagi soalan Che’Em yang buat I berfikir, “Kita ada cukup material ke?” Siapa yang patut jawab soalan ni? Pengusaha station radio ke? Atau penerbit album? Atau penulis lirik/pencipta lagu? Atau sound engineer? Atau pendengar lagu/pembeli album? Atau penyanyi/artis itu sendiri? Susah kalau nak point orang tu, point orang ni. Tidak adil rasanya. Kenapa tidak duduk semeja, untuk berbincang tentang hal ini, sama-sama kupas kulit dengan baik agar menampakkan isinya yang sebenar (betul ke ayat yang I guna ni?).

 

Material Cukup 90-100%

          station radio tak mungkin akan cari material dari luar

          pendengar akan mengutamakan lagu-lagu tempatan (very subjective point)

          lagu dari luar sukar nak tembus pasaran tempatan (also very subjective point)

          penerbit album untung besar (itu pun kalau tiada cetak rompak dan muat turun online – dah terkeluar tajuk ni)

          penyanyi/artis tak payah susah-susah fikirkan cadangkan 90:10 (baik fikir macam mana nak buat lagu atau guna kreativiti sendiri untuk menarik minat pendengar Malaysia terhadap lagu/muzik tempatan)

          penyanyi/artis juga tidak perlu susah-susah nak menembus pasaran luar sebab dalam pasaran dalam negara pun dan luas dan tak tercover (artis luar pun takut nak masuk)

 

Selepas 90:10?

 

Manalah kita tahu, tetiba timbul pulak satu isu yang sama, 90:10 untuk station TV pulak. Sebab sekarang ni banyak sangat drama siri/filem dari luar ditayangkan dekat TV. Rasanya akan ada ke tak isu sebegini? Hrm…To me, baik libatkan semua bidang dalam industri hiburan tempatan, bukannya besar sangat pun. Tapi kalau sama-sama terlibat dan mengerah tenaga untuk hasilkan satu penyelesaian yang baik tentu memberi kesan dan impak yang sangat besar pada industri. Jom kita selidik…

 

Kenapa karya tempatan kurang mendapat sambutan daripada orang tempatan sendiri? Kes material tak cukup lagi ke? Kalau diperhatikan susah betul filem-filem tempatan nak capai kejayaan yang konsisten. Kalau empat filem ditayangkan, dua pun belum tentu berjaya. Mungkin satu sahaja yang dapat pulangan/kutipan jutaan RM. Most of our film’s producers hanya dapat balik modal sahaja dan tidak kurang juga yang terus rugi (tapi belum mahu tutup kedai, itu yang bagusnya). So that, Negara kita tidak ketandusan produk filem tempatan. Yang berjaya dapat kutipan box-office tu pun bukan disebabkan filem itu bagus 100%, tapi bergantung pada faktor lain juga. Apa? Pelakon – 80%? (kacak/cantik/popular/diminati – inilah mentality orang kita sekarang), jalan cerita/genre – 20%?. Frasa ’tepuk dada tanyalah selera’ dah tak boleh diguna pakai sekarang ni. Kalau tepuk dada, asyik selera western je, payah lah. Bila masa pulak nak ada selera Melayu? Realistik atau tidak filem Melayu bukan soalnya, filem ’omputih’ tu realistik sangat ke? Nampak sangat berat sebelah. Marah? Adalah sikit. I am a big supporter of filem and drama Melayu. Tak kisah la genre apa pun, kalau boleh semua filem Melayu nak tengok. Kalau di rumah, I ada di depan TV, I akan bukak drama Melayu. Kadang-kadang diketawakan jugak, cerita-cerita Melayu yang mengarut pun I tengok. Tapi itulah, kalau kita orang Melayu tak sokong atau tidak tonton drama/filem Melayu, siapa lagi? Mengarut sekalipun sesuatu drama itu, sudah pasti ada isu/cerita di sebalik kekarutan itu. Cuba jawab, adakah drama/filem dari luar semua tidak karut? Rasanya lebih banyak yang mengarut dari yang tidak mengarut. Hrm… Kalau isu ini didebat, I pasti sampai bila pun tak selesai, malah makin besar jadinya, makin banyak isu lain yang berkait rapat akan timbul.

 

Citarasa vs Identiti, Teknologi vs Masalah Sosial, 90:10, Selepas 90:10. Apa yang kita boleh buat?

 

Jangan tepuk dada untuk tanya selera. Jangan tepuk dahi untuk tanya fikiran, sebab setiap orang ada idea tersendiri. Tapi, tepuk bahu sama-sama, untuk saling bergandingan menyelesaikan isu bukan hanya menuding jari, untuk saling mengingati agar tidak alpa dan lalai akan peranan dan tanggungjawab masing-masing, untuk saling seiring agar hilang hasad dan dengki dalam mencapai kejayaan dan kesejahteraan.

 

People, I’m sure everyone has their own words regard these issues. What I’ve written here is just the ideas which came from the finest ingredients that are flying around in my head and also plus a little touched from the bottom of my heart. Peace.

4 thoughts on “Khabarkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s