Harga Petrol Naik Lagi

[gambar: malaysia kini]

 

Erm….bertambah sakit lg la pengguna-pengguna kereta.Tambah lagi yang tempat keje jauh dari rumah.Peruntukkan minyak kereta bulanan bertambah lagi, tol pulak tak dihapuskan.hehehe….at least balance laa kan….tp itu mmg mustahil la. Blk keje semalam dari Putrajaya jalan sesak ‘giler’. Tak seperti biasa, tambah pulak ngn hujan. Sampai kat Kinrara dah jam 6.45. Ingat nak stop kat station minyak, memandangkan minyak pun dah tinggal satu bar. Terkejut i sekejap tengok ‘ramai’ kereta beratur tunggu turn nak isi minyak.Hairan jugak, tak pernah-pernah macam ni. Baru teringat, ada mamat kat office bagitau minyak naik lagi. So, i pun join la beratur sama. Apa lagi, full tank laa isi. Memang la minyak tu akan habis jugak, tapi sekadar nak menikmati harga minyak yang rendah kali terakhir sebelum harga naik, bak kata pakcik yang dok isi minyak di pam sebelah. I senyum je laa….setelah selesai isi minyak i teruskan perjalanan balik rumah di bandar sri permaisuri, cheras. Jalan teruk jugak sesaknya apatah lagi kalo dekat-dekat area yang ada petrol station. I sampai rumah sejam lewat, dalam jam 7.15. parking tak usah cakap la…memang susah nak dapat. So terpaksa laa naik ke tingkat empat, kepala pulak dah rasa berat, tanda-tanda migrain nak datang lagi.

 

 

[gambar: berita harian]

 

Alkisahnya, migrain i confirm datang. Masuk je rumah terus gi mandi, basahkan kepala, tapi tak jugak hilang. ‘pain killer’ pulak dah abis. Dah lama abis sebenarnya tapi tak pernah beringat nak beli. So, capai kunci kereta terus kuar nak ke klinik sambil sempat tanya housemate nak makan ape-ape tak. Keluar je dari perkarangan apartment, jalan dah sesak. Tak pernah jugak laa macam ni. Dalam dok ligat berfikir, baru perasan kat area rumah memang ada station minyak, patutlah sesak. Semua orang nak isi minyak, apatah lagi time tu jam 8.15 mlm, ada lebih kurang 4 jam sebelum harga minyak naik. Erm…rasa-rasanya sure ada yang tak sempat nak isi minyak semalam.coz kereta memang banyak sangat. Pening tengok. Mujur laa i dah isi minyak petang tu, kalo tak i pun turut sama beratur meramaikan kereta yang sudah sememangnya ‘ramai’ tu. Apa-apa pun, begitulah hebatnya pengaruh kenaikan harga petrol. Biar beratur panjang asalkan dapat beli minyak murah (hello, sok lusa nak kena isi minyak jugak, mahal jugak, kan?).

 

Sekarang beban semakin bertambah, harga beras naik, maka sekali gus menyebabkan harga makanan di kedai-kedai turut naik. Sampai ada kempen makan ubi kentang (french fries mcD ke? Mahal gak tu..). Sekarang ni minyak naik lagi (sampai 40% kenaikannya), so kemungkinan besar, harga tiket bus naik (takkan nak balik kampung setahun sekali kut?), harga tambang teksi pun naik (sakit beg duit adik-adik i kat rumah tu time nak gi keje nanti kecuali si wai). Erm…..naik ke turun ke, petrol pun satu keperluan, kena jugak beli. Kalo tak, tak sampai ke tempat keje. Kecuali tekad nak jual kereta dan beli basikal. HEHEHEHE…..

 

p/s: tak lama lagi tarif elektrik pulak naik. semua benda harga naik, kecuali gaji tak naik-naik.

2 thoughts on “Harga Petrol Naik Lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s