Kisah 1: ‘Dua Ketul Kura-kura dan Segugus Anggur’

Mesti korang pelik baca tajuk kisah pertama I ni. Pasal dua ketul kura-kura dan segugus anggur. Sebenarnya kisah ni takde kena mengena dengan mana-mana kura-kura yang hidup ataupun yang dah mati, dan tak pulak ada kaitan dengan buah anggur yang di pasaran atau yang masih tergantung pada pohon-pohon anggur. Apa yang nak disampaikan dalam kisah ni ialah tentang penggunaan penjodoh bilangan. Erm…..baru-baru ni my sister and I ada memperkotak-katikkan penjodoh bilangan. Cuba menyesuaikan objek dengan penjodoh bilangan yang salah. Contohnya macam tajuk kisah I ni, Dua Ketul Kura-kura dan Segugus Anggur. Cuba korang sebut ayat atau tajuk tu…pelik kan bunyi nya. Begitu juga dengan maksud atau perbendaharaan katanya, memang salah. I tak laa pakar sgt dalam ilmu bahasa ni, tapi apa yang I tahu, pakar bahasa yang terdahulu dan masa kini memang ada alasan yang tertentu dan munasabah dalam mencipta atau menyesuaikan penjodoh bilangan dengan objek-objek di sekeliling kita.

 

Dua Ketul Kura-kura dan Segugus Anggur.

Dua Ekor Kura-kura dan Setangkai Anggur.

(eg. Ketul – seketul batu, segugus – segugus kunci)

 

Erm, pernah dengar ‘Sekeping SMS’ ?

                “Minah, pinjam handphone, aku nak antar sekeping SMS kat boyfriend aku. Aku dah kehabisan kredit la.”

Itu contoh dialognye kalau korang tak faham maksud ayat I yang kat atas tu.

Pada pendapat korang, betul tak penggunaan penjodoh bilangan untuk SMS tu? Sekeping/keping? Mula-mula dengar pelik jugak sebab selalunya kita guna ‘satu SMS’ atau ‘dua SMS’. Menggunakan bilangan terus tanpa apa-apa penjodoh yang spesifik. Kenapa ‘sekeping SMS’ ? masalahnya SMS adalah objek secara maya yang kita tak boleh pegang secara fizikal. Lain laa macam sekeping/sehelai kertas. Kalau korang guna handphone yang berasas kan bahasa inggeris, bila korang terima SMS, kat skrin hp tu akan tertera, ‘1 SMS received’. Betul tak? Tapi korang perasan tak, masa korang nak send SMS tu, adakalanya korang taip jumlah hurufnya melebihi had satu muka, so system hp akan antar SMS tu dalam 2/3 muka dan hp tu akan kuarkan pop-up msg, ‘message will be send in 2 pages’. Betul tak? Tak percaya, cuba buat (tapi I rasa feature ni hanya untuk certain hp sahaja, contohnya Motorola V3). So…kalau ikut kan bahasa inggeris mestila 2 helai atau keping kan? Tapi tu laa, berbalik pada logiknya penggunaan bahasa, rasanya penggunaan penjodoh bilangan juga perlu berasaskan pada fizikal objek tersebut. Contoh nya angin, setahu aku tak de penjodoh bilangan untuk angin.

 

(P/S: So, apakata lepas ni kita renung-renungkan balik perbendaharaan bahasa melayu kita. Hehehe….kalau nak tau, omputih pun ada yang mengkaji bahasa ibunda tercinta kita ni, sampai dieorang lagi terror dalam bahasa melayu.)

 

Saya bangga menjadi anak Malaysia!!!

2 thoughts on “Kisah 1: ‘Dua Ketul Kura-kura dan Segugus Anggur’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s